Showing posts with label Coretanku. Show all posts
Showing posts with label Coretanku. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Selamat tinggal bumi sintok

Almost 4 years mengutip ilmu di bumi sintok, moga sem ni merupakan pengajian terakhir buatku. Terlalu banyak kenangan suka duka disini. Cerita aku xseindah seperti org lain yg menyimpan seribu kenangan manis bersama kawan2 sepengajian. Aku 'sorang'. Itu lebih membuatkan aku bahagia.

Friday, September 9, 2011

Praktikum

Dah lama x update blog. Tak tau nak story pasal ape. Dulu time praktikal x sempat nk post ape2 pun. Busy nak sediakan bahan P&P dan rancangan pengajaran.

Pengalaman sepanjang praktikal yang aku lalui alhamdulillah ok la nak kate best sangat x, nak kate teruk x jugak. Everything is ok. Apa yang boleh aku share kat sini tentang perjalanan aku di SMK Sri Kurau dari segi pelajar, cikgu2, suasana sekolah tu, penyelia iaitu pensyarah pembimbing dan guru pembimbing, tempat penginapan dan dana kewangan.

Pelajar x de masalah sangat sumenya ok, cume ada la beberapa orang je yang wat hal, tapi sume tu x jadi masalah untuk aku. Masalah dari pelajar tu aku anggap ianya sebagai suatu cabaran je.  X suke nak amik ati n marah2 student. Bila marah2 nanti hilang mood nak ngajar dan pelajar pun x suke nak belajar. Aku pun x suke nak majuk2 ngan pelajar. Dulu waktu aku jadi student pun aku x suke cikgu yang majuk2 ni. Sebab tu aku x kan wt camtu walaupun sebenarnya aku ni jenis yang cepat terasa ati. Cabaran mengajar kelas atas dari segi knowledge dorg lebih. So, aku kene prepare lebih la. Untuk kelas bawah cabarannya dari segi sikap dan tingkah laku. Macam2 perangai ada. So far ok masih boleh dikawal. Paling kesian kelas hujung. Datang sekolah bukan untuk belajar. Sebagai seorang guru budak x nak belajar sekali pun aku tetap ajar. Pelajar yang datang sorg pun aku tetap akan ajar. Tanggungjawab sebagai seorang guru perlu dilaksanakan. Apa pun semua pelajar x kira dari kelas mana masing-masing meninggalkan kenangan yang tersendiri dan indah.

4CT1
4CT2

4C1
Cikgu2 kat sana ada yang ok dan x. Biasa la bile jadi cikgu praktikal mule2 mesti la segan2 ngan cikgu kat sana. sembang bile perlu dan ada urusan je. x sempat la nak g sembang dan wat ramah2. Banyak sembang ngan guru pembimbing n cikgu2 yang ada kaitan ngan subjek yang aku ajar jela. Ngan cikgu praktikal lak so far sumenya ok. Cikgu praktikal dari UPSI 6 orang. 3 sesi pagi n 3 sesi petang. Untuk sesi pagi yang praktikal sekali ngan aku Mira, Salina dan Ida.

Aku dan Ida

Cikgu Akaun

With Pengetua

Suasana sekolah plak. Awal2 sebelum praktikal lagi aku dah tau sekolah tu ada something yang belaku. Kes h*******. Takut gak nak g sekolah tu. Tp fikir 1 je bile datang dengan niat yang baik InsyaAllah sumenya ok. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusanku di sekolah. Yang kesiannya pelajar2 yang jadi mangsa. Hari2 ada je yang jadi. Pasal cte ni aku x nak cte panjang lebar sgt. Ape pun, ape yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Ada baik buruknya. Yang baiknya sejak kes ni hari2 ada bacaan surah yasin dan manzil. Bile dah baca hari2 rasa tenang je dan bagus utk otak jgk. Senang untuk terima ilmu.

Berkenaan penyelia plak. Pensyarah pembimbing aku ialah Tn. Hj Ahmad bin Ismail, pensyarah pendidikan moral. Alhamdulillah, syukur sgt2 pensyarah aku ni baik sgt. Setiap kali pencerapan Tn Hj Ahmad akan inform dulu. So preparation utk mengajar, sediakan bahan dan soalan dan penyediaan rancangan pengajaran harian tu lebih. Guru pembimbing pn ok jgk baik sgt2. Untuk pencerapan aku boleh pilih sendiri nak cerap blie2 masa yang aku nak.

Sepanjang tempoh praktikal, aku duk kat rumah Pakngah (abang mak) kt Sg Dungun. Berkenaan penginapan aku x de masalah x perlu nak sewa rumah. Banyak saudara kt area Bagan Serai. Rumah maksu (adik abah) dekat depan sekolah je. Tapi aku pilih untuk duduk kat Sg Dungun sebab ada sepupu perempuan. Kalau duk rumah Maksu sepupu laki. So, better duk rumah Pakngah. Dana kewangan lak mak aku yang support. Loan utk sem 6 dah lama abis. Ikutkn x nak menyusahkan family tapi terpaksa gak la. Walaupun x duk rumah sewa banyak gak nak pakai duit.

Cte ni x abis lagi .Nanti ada masa aku edit..

Saturday, July 23, 2011

Lama tak jumpa..

1 tahun 2 bulan tu x lama ke..mungkin 2 atau 3 tahun baru lama..x berniat nak merungut..cuma nak betulkan statement lama x jumpa tu sesuai ke untuk tempoh sebulan..kalau sebulan x jumpa tu rasa lama..kenapa untuk tempoh 1 tahun 2 bulan tu x rasa apa-apa..

Monday, June 6, 2011

One Year Ago~

Kejap je masa berjalan. Tup-tup dah setahun berlalu. Setahun yang lepas awal-awal pagi camni aku dah bersiap untuk keluar g ipoh. Tak sangka tarikh ni merupakan tarikh tragedi untuk aku dan tak kan lupa sampai bila-bila dan menjadi pengajaran bersama buat diriku sendiri dan orang lain.

Sebenarnya x ingat pun macam mana kejadian ni boleh berlaku. Tapi yang pastinya aku terlibat dalam kemalangan jalan raya kat Tanjung Tualang. Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas dan diberi kesempatan untuk mempercukupkan amalan. Terima kasih, Ya Allah..

Di kesempatan ni, terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah yang telah menjaga aku. Sayang Mak dan Abah. Moga Allah berikan kesempatan untuk aku membalas jasa kalian. Terima kasih juga buat family yang lain akak, adik-adik, sedara-mara dan kawan-kawan yang datang melawat. Buat Abid, thanks a lot tolong waktu exciden dulu. Moga Allah membalas kebaikan atas kebaikanmu.

Tuesday, May 31, 2011

Kisah Putera Aiman HaziQ

30 Mei 2011, tarikh kelahiran cahaya mata maksu yang ke 5. Tahniah buat maksu sekeluarga atas kelahiran putera barunya yang diberi nama Muhammad Aiman Haziq bin Zulkifli. Ada kisah disebalik pemberian nama buat putera ke 4 maksu. Sebelum ni maksu dan paksu yang beri nama kat anak-anak dia tapi kali ni maksu minta cadangan dari saudara-mara yang terapat di mana huruf A menjadi pilihan selepas nama Muhammad.

Aku adalah salah seorang orang yang terlibat dalam pemberian nama bayi ni. Aku suka sangat nama Adam. So, cadangan pertama aku adalah Adam Aiman. Tapi mak aku xnk nama Adam. Mak berkenan nama Aiman je. Kami berdua pun berbincang untuk dapatkan gabungan nama yang sesuai dan mempunyai makna yang baik. Aiman Haziq menjadi pilihan. Aiman bermaksud berkat, yang bertuah, kanan. Manakala, Haziq membawa maksud cerdik, pandai. Then, lepas tu tanya saudara-mara yang lain dorg cakap ok. Setelah semua setuju dengan nama yang dipilih mak pun terus kol maksu. Alhamdulillah, maksu setuju dengan pilihan nama tersebut.

Akhir kata, titipan doa khas buat putera Muhammad Aiman Haziq, moga Aiman menjadi anak yang soleh, baik dan pintar.Amin...

Monday, May 30, 2011

Bermula perjuanganku sebagai guru pelatih..



Hari ni tibalah masa untuk aku mengikuti praktikum Rancangan Latihan Mengajar (RLM) setelah 6 semester aku mengikuti kuliah dalam bidang Pendidikan Perakaunan di UUM. Hari pertama melapor diri sebagai guru pelatih di SMK Sri Kurau tiada cerita yang menarik untuk aku kongsikan tapi cukuplah ianya menjadi kenangan bagi aku dan sebagai persediaan khas buat junior edu account yang bakal menghadapi RLM tahun depan.

Tidak seperti kali pertama aku melangkah kaki ke sekolah untuk menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebagai prasyarat sebelum menjalani RLM pada semester 4 setahun yang lalu, kali ini tiada lagi perasaan 'excited' untuk menjadi seorang guru pelatih. Entah kemana hilangnya semangat aku yang dulu, semangat untuk mendidik anak bangsa. Berbekalkan semangat dari kedua ibu bapa dan insan yang aku sayangi ku kuatkan juga semangat untuk meneruskan perjuangan mengejar cita-cita sebagai seorang pendidik. Mak, Abah, dan Abang thanks a lot for ur support. Miza xkan kecewakan kalian.

Kedatanganku pada hari ini disambut dengan mesra oleh Cikgu Shafian GK Kemanusiaan sebagai guru bertugas pada minggu ini di sekolah. Tidak perlu lagi aku memperkenalkan diri kepada cikgu kerana ini merupakan kali kedua aku berada di sekolah ini. Setelah berbual panjang dan berbincang mengenai perkara yang berkaitan dengan praktikum akhirnya kata putus dari Cikgu Shafian bahawa aku tidak perlu lagi untuk mengikuti praktikum pada cuti sekolah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sekurang-kurangnya masih ada lagi tempoh sebagai persediaan untuk aku menyiapkan diri untuk mengajar. So, cuti yang ada ni aku kena manfaatkan sebaik mungkin untuk study subjek yang perlu di ajar iaitu Prinsip Perakaunan dan Matematik. Moga Allah permudahkan segala urusanku semasa tempoh RLM ni. Next Story tunggu 13 Jun ni pulak..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan

Setelah beberapa bulan mengikuti kuliah, akhirnya tibalah masa untuk exam..paper aku sem ni xberapa strategik tarikh examnya..huhu..tp camne pn kne lalui gak..

08 Mei 2011 Kaedah Mengajar Matematik
13 Mei 2011 Calculus 1
14 Mei 2011 Audit and Assurance 1
16 Mei 2011 Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan
22 Mei 2011 Management Accounting 2
25 Mei 2011 Financial Accounting and Reporting 3




Semoga sem ni aku dapat result yang ok..mudah-mudahan..amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...