Jean Piaget
- Dilahirkan pada 9 Ogos 1896, Switzerland.
- Merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan.
- Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
- Meninggal dunia pada tahun 1980
Asimilasi
- Seseorang mengintegrasikan sesuatu persepsi atau stimulasi ke dalam tingkah laku.
- Asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata tetapi ianya mempengaruhi terhadap pertumbuhan skemata.
Akomodasi
- Penciptaan skemata baru
- Asimilasi dan akomodasi saling memerlukan di antara satu sama lain untuk membolehkan seseorang individu menyesuaikan dirinya dengan baik.
- Proses ini perlu bagi pertumbuhan dan perkembangan kognitif.
Tahap Perkembangan
- Deria motor (0-2 tahun)
- Pra-operasi (2-7 tahun)
- Operasi konkrit (7-12 tahun)
- Operasi formal (12 tahun ke atas)
Deria Motor
- Tahap perkembangan awal kognitif kanak-kanak.
- Pada peringkat ini, mereka mula mengenal keadaan sekeliling dengan menggunakan deria dan gerak balasnya.
- Mereka tidak boleh berfikir tetapi boleh mengetahui benda yang wujud di persekitarannya.
Pra-operasi
- Mereka mula mampu menggunkan bahasa yang mudah dan simbol untuk menggambarkan sesuatu.
- Pada tahap ini, mereka tidak mampu lagi untuk berfikir mahupun membuat perbandingan.
- Pemikiran mereka dikatakan terbatas kerana dipengaruhi oleh persekitaran semata-mata.
Operasi Konkrit
- Pada peringkat ini, mereka mula dapat kenalpasti ciri-ciri bagi sesuatu objek dan boleh mengklasifikasikannya.
Operasi Formal
- Mereka telah memasuki peringkat pemikiran abstrak.
- Dikatakan mereka boleh berfikir serta membuat keputusan dengan sendirinya.
- Malah boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik.
No comments:
Post a Comment