Friday, September 9, 2011

Praktikum

Dah lama x update blog. Tak tau nak story pasal ape. Dulu time praktikal x sempat nk post ape2 pun. Busy nak sediakan bahan P&P dan rancangan pengajaran.

Pengalaman sepanjang praktikal yang aku lalui alhamdulillah ok la nak kate best sangat x, nak kate teruk x jugak. Everything is ok. Apa yang boleh aku share kat sini tentang perjalanan aku di SMK Sri Kurau dari segi pelajar, cikgu2, suasana sekolah tu, penyelia iaitu pensyarah pembimbing dan guru pembimbing, tempat penginapan dan dana kewangan.

Pelajar x de masalah sangat sumenya ok, cume ada la beberapa orang je yang wat hal, tapi sume tu x jadi masalah untuk aku. Masalah dari pelajar tu aku anggap ianya sebagai suatu cabaran je.  X suke nak amik ati n marah2 student. Bila marah2 nanti hilang mood nak ngajar dan pelajar pun x suke nak belajar. Aku pun x suke nak majuk2 ngan pelajar. Dulu waktu aku jadi student pun aku x suke cikgu yang majuk2 ni. Sebab tu aku x kan wt camtu walaupun sebenarnya aku ni jenis yang cepat terasa ati. Cabaran mengajar kelas atas dari segi knowledge dorg lebih. So, aku kene prepare lebih la. Untuk kelas bawah cabarannya dari segi sikap dan tingkah laku. Macam2 perangai ada. So far ok masih boleh dikawal. Paling kesian kelas hujung. Datang sekolah bukan untuk belajar. Sebagai seorang guru budak x nak belajar sekali pun aku tetap ajar. Pelajar yang datang sorg pun aku tetap akan ajar. Tanggungjawab sebagai seorang guru perlu dilaksanakan. Apa pun semua pelajar x kira dari kelas mana masing-masing meninggalkan kenangan yang tersendiri dan indah.

4CT1
4CT2

4C1
Cikgu2 kat sana ada yang ok dan x. Biasa la bile jadi cikgu praktikal mule2 mesti la segan2 ngan cikgu kat sana. sembang bile perlu dan ada urusan je. x sempat la nak g sembang dan wat ramah2. Banyak sembang ngan guru pembimbing n cikgu2 yang ada kaitan ngan subjek yang aku ajar jela. Ngan cikgu praktikal lak so far sumenya ok. Cikgu praktikal dari UPSI 6 orang. 3 sesi pagi n 3 sesi petang. Untuk sesi pagi yang praktikal sekali ngan aku Mira, Salina dan Ida.

Aku dan Ida

Cikgu Akaun

With Pengetua

Suasana sekolah plak. Awal2 sebelum praktikal lagi aku dah tau sekolah tu ada something yang belaku. Kes h*******. Takut gak nak g sekolah tu. Tp fikir 1 je bile datang dengan niat yang baik InsyaAllah sumenya ok. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusanku di sekolah. Yang kesiannya pelajar2 yang jadi mangsa. Hari2 ada je yang jadi. Pasal cte ni aku x nak cte panjang lebar sgt. Ape pun, ape yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Ada baik buruknya. Yang baiknya sejak kes ni hari2 ada bacaan surah yasin dan manzil. Bile dah baca hari2 rasa tenang je dan bagus utk otak jgk. Senang untuk terima ilmu.

Berkenaan penyelia plak. Pensyarah pembimbing aku ialah Tn. Hj Ahmad bin Ismail, pensyarah pendidikan moral. Alhamdulillah, syukur sgt2 pensyarah aku ni baik sgt. Setiap kali pencerapan Tn Hj Ahmad akan inform dulu. So preparation utk mengajar, sediakan bahan dan soalan dan penyediaan rancangan pengajaran harian tu lebih. Guru pembimbing pn ok jgk baik sgt2. Untuk pencerapan aku boleh pilih sendiri nak cerap blie2 masa yang aku nak.

Sepanjang tempoh praktikal, aku duk kat rumah Pakngah (abang mak) kt Sg Dungun. Berkenaan penginapan aku x de masalah x perlu nak sewa rumah. Banyak saudara kt area Bagan Serai. Rumah maksu (adik abah) dekat depan sekolah je. Tapi aku pilih untuk duduk kat Sg Dungun sebab ada sepupu perempuan. Kalau duk rumah Maksu sepupu laki. So, better duk rumah Pakngah. Dana kewangan lak mak aku yang support. Loan utk sem 6 dah lama abis. Ikutkn x nak menyusahkan family tapi terpaksa gak la. Walaupun x duk rumah sewa banyak gak nak pakai duit.

Cte ni x abis lagi .Nanti ada masa aku edit..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...