Sunday, June 17, 2012

Perkembangan matematik di Malaysia

Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan teori pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik, pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara.

Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70'an memberi fokus kepasa matematik tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika itu objektif pengajarnnya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, ekmahiran asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketetapan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau orosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran matematik  Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah. pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80'an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai spenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviorisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).

Saturday, June 16, 2012

Bias Pencapaian Matematik Dalam Ujian Aneka Pilihan Berdasarkan Jantina, Bangsa dan Lokasi Sekolah

Jantina
Dari segi bidang matematik Nombor, Bentuk dan Perkaitan tidak menunjukan bias kepada lelaki dan perempuan. Dari perspektif psikologi, pelajar lelaki dan perempuan lazimnya berbeza dalam banyak perkara. Perbezaan ini termasuk sikap, minat, kemahiran dan personaliti. Namun demikian dalam keadaan tertentu, lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaannya terutamanya dalam pencapaian matematik. Pelajar lelaki menunjukkan  pencapaian yang tinggi dalam item penaakulan dan geometri berbanding pelajar perempuan. Pelajar perempuan pula mempunyai kelebihan dalam item algebra aneka pilihan. Bagi bidang matematik iaitu Nombor dan Bentuk, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian yang tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Bagi bidang perkaitan, pelajar perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding lelaki. Secara keseluruhannya, item geometri memihak kepada lelaki dan bias kepada perempuan. Bidang Bentuk matematik bias kepada perempuan berbanding dengan lelaki.

Bangsa
Pelajar Cina mempunyai rekod yang tinggi dalam pencapaian matematik. Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap pelajar Melayu dan bukan Melayu menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik. Pencapaian pelajar bukan Melayu iaitu Cina dan India adalah lebih baik berbanding pelajar Melayu. Bias pencapaian matematik masih wujud pada hari ini dari segi bangsa dan penting supaya item yang digunakan dalam matematik dapat mengadili semua bangsa tanpa prejudis. Bias dapat dibuktikan apabila pelajar Melayu dan India kurang mahir dalam penyelesaian masalah matematik pada peringkat yang lebih tinggi berbanding pelajar Cina yang menguasai kemahiran matematik secara menyeluruh. pelajar Cina menunjukkan dorongan dalam menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik berbanding dengan pelajar Melayu dan India. Pelajar Cina mempunyai strategi pembelajaran positif yang sangat tinggi dalam matematik berbanding pelajar Melayu dan India

Lokasi Sekolah
Prestasi gred A berkecenderungan dalam kalangan pelajar bandar dan bias kepada pelajar luar bandar. Kesan lokasi sekolah adalah signifikan iaitu terdapat perbezaan pencapaian akademik. Bidang perkaitan menunjukkan bias kepada pelajar luar bandar manakala bidang Nombor dan Bentuk tidak bias kepada pelajar mengikut lokasi sekolah. Item aras tinggi dalam ujian aneka pilihan lebih berkecenderungan untuk membezakan pelajar yang berkebolehan dalam matematik mengikut lokasi sekolah. Bias bidang perkaitan ini menunjukkan pelajar luar bandar kurang menguasai matematik dan menyebabkan pelajar luar bandar tidak dapat menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan awam. Pelajar luar bandar kurang menguasai kemahiran matematik berbanding pelajar bandar yang mahir dalam penyelesaian masalah matematik. Strategi pembelajaran matematik juga didapati lemah di kalangan pelajar luar bandar berbanding pelajar bandar. Ini menyebabkan pelajar bandar menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam matematik

Kesimpulannya, mengenal pasti bias mengikut bidang matematik adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang mendalam tentang penguasaan pelajar mengikut bidang kemahiran matematik. Dengan cara ini, seseorang guru dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan lebih bereksan. Ujian matematik yang bias memberi peluang kepada pelajar untuk memiliki kelebihan. Manakala kekurangan kepada pihak yang lain dalam menguasai bidang matematik.

Pengertian dan peranan matematik

Matematik sebagai kajian pola
  • Pola atau corak adalah suatu perkara yang berulang. Pola ini juga akan mewujudkan suatu hubungan. Hubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting bagi memudahkan kita menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku.
  • Contohnya : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasil darab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3.
  • Kajian pola ialah peluang untuk memerhati, hypothesis, eksperimen, mencari dan mencipta.
  • Kita dapat menggunakan dan memperluaskan kemahiran dan pengetahuan nombor, pengukuran, geometri, pengumpulan data dan statistik, kebarangkalian dan algebra.
  • Kajian pola juga berkaitan dengan 'tessellation'.
  • Terdapat 3 jenis pola dalam matematik iaitu pola nombor, pola abjad dan pola geometri.

Matematik sebagai cara berfikir
  • Berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Ramai orang yang menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya.
  • Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam matematik.
  • Terdapat dua kaedah menaakul iaitu deduktif dan induktif.

Matematik sebagai bahasa komunikasi
  • Matematik sebagai satu bentuk bahasa kerana matematik melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. 
  • Hal ini demikian kerana dalam perkembangan tahap pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola dan masa. Kesemua konsep dan simbol ini melibatkan bahasa matematik yang mudah.
  • Contohnya: Hasil tambah ( 4+3=7). Matematik merupakan satu bentuk bahasa telah membantu kita untuk mengetahui bahawa nilai 7 akan diperoleh melalui hasil tambah 4 dan 3 (4+3)

Matematik sebagai kajian hubungan
  • Matematik dikatakan sebagai kajian tentang perkaitan kerana matematik banyak menggunakan rumus atau persamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep. 
  • Selain itu, sesuatu nilai yang berubah (meningkat, menurun).
  • Contoh: Sekiranya nilai panjang meningkat, maka luas permukaan sesuatu segi empat juga turut meningkat.


Friday, June 15, 2012

Selamat tinggal bumi sintok

Almost 4 years mengutip ilmu di bumi sintok, moga sem ni merupakan pengajian terakhir buatku. Terlalu banyak kenangan suka duka disini. Cerita aku xseindah seperti org lain yg menyimpan seribu kenangan manis bersama kawan2 sepengajian. Aku 'sorang'. Itu lebih membuatkan aku bahagia.

Friday, June 1, 2012

Kaedah Mengajar

Rancangan Pengajaran (RP)
  • Harian
  • Mingguan
  • Tahunan
Sukatan Pelajaran
  • Satu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran
  • Disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
  • Mengandungi
  1. Unit pembelajaran
  2. Kemahiran yang disusun mengikut tahap
  3. Objektif-objektif pembelajaran
  • Untuk menyediakan RP guru harus membaca dan mentafsir perkara-perkara berikut
  1. Hasil pembelajaran
  2. Unit pembelajaran - topik yang diajar
  3. Kemahiran
  4. Strategi - Konstektual, 'Mastery Learning'
  5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) - apa yang berlaku dalam tempoh pengajaran
  6. Bahan/sumber - BBM-keratan akhbar

Thursday, January 26, 2012

Kalendar Sem 2 Sesi 2011/2012

SEMESTER KEDUA
AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 18 Februari 2012 - Khamis, 5 April 2012
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester
Jumaat, 6 April 2012 –Jumaat, 13 April 2012
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 14 April 2012 -Khamis, 31 Mei 2012
7 minggu
Minggu Ulangkaji
Jumaat, 1 Jun 2012 –Jumaat,8 Jun 2012
1 minggu
Peperiksaan Sabtu, 9 Jun 2012 -Khamis, 28 Jun 2012       3 minngu
Cuti Panjang
Jumaat, 29 Jun 2012 –Jumaat, 31 Ogos 2012
10 minggu

Thursday, January 19, 2012

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Jean Piaget
  • Dilahirkan pada 9 Ogos 1896, Switzerland.
  • Merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan.
  • Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • Meninggal dunia pada tahun 1980
Asimilasi
  • Seseorang mengintegrasikan sesuatu persepsi atau stimulasi ke dalam tingkah laku.
  • Asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata tetapi ianya mempengaruhi terhadap pertumbuhan skemata.
Akomodasi
  • Penciptaan skemata baru
  • Asimilasi dan akomodasi saling memerlukan di antara satu sama lain untuk membolehkan seseorang individu menyesuaikan dirinya dengan baik.
  • Proses ini perlu bagi pertumbuhan dan perkembangan kognitif.
Tahap Perkembangan
  1. Deria motor (0-2 tahun)
  2. Pra-operasi (2-7 tahun)
  3. Operasi konkrit (7-12 tahun)
  4. Operasi formal (12 tahun ke atas)
Deria Motor
  • Tahap perkembangan awal kognitif kanak-kanak.
  • Pada peringkat ini, mereka mula mengenal keadaan sekeliling dengan menggunakan deria dan gerak balasnya.
  • Mereka tidak boleh berfikir tetapi boleh mengetahui benda yang wujud di persekitarannya.
Pra-operasi
  • Mereka mula mampu menggunkan bahasa yang mudah dan simbol untuk menggambarkan sesuatu.
  • Pada tahap ini, mereka tidak mampu lagi untuk berfikir mahupun membuat perbandingan.
  • Pemikiran mereka dikatakan terbatas kerana dipengaruhi oleh persekitaran semata-mata.
Operasi Konkrit
  • Pada peringkat ini, mereka mula dapat kenalpasti ciri-ciri bagi sesuatu objek dan boleh mengklasifikasikannya.
Operasi Formal
  • Mereka telah memasuki peringkat pemikiran abstrak.
  • Dikatakan mereka boleh berfikir serta membuat keputusan dengan sendirinya.
  • Malah boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik.

Thursday, January 5, 2012

Apabila anda...

Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah...anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan keduakaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia. Satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukakmu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Monday, January 2, 2012

Final Semester 2 2010/2011

Konsep gerak kerja kokurikulum
  • gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan ia merupakan lanjutan daripada pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar di dalam bilik darjah.
  • kegiatan ini diwajibkan kepada semua pelajar bagi memastikan setiap pelajar diberi peluang sepenuhnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan bagi melahirkan warganegara yang seimbang dari segi JERIS.

Objektif kokurikulum
  • melahirkan warga sekolah yang berketerampilan dan berdaya junag tinggi.
  • membudayakan sukan sebagai amalan seharian dalam kehidupan murid-murid.
  • membentuk disiplin murid dalam aktiviti kokurikulum yang disertai.
  • melahirkan murid yang sihat dari aspek fizikal dan mental, serta membantu perkembangan jasmani, rohani, dan emosi yang seimbang.
  • melahirkan murid yang aktif dalam bidang kokurikulum dan mempunyai sifat kepimpinan.

Strategi pelaksanaan
  • memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
  • menambah bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.
  • melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan.
  • melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.
  • merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan 
  • menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid

Peranan guru penasihat gerak kerja kokurikulum akademik di sekolah
  • memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada jawatankuasa dalam aspek pentadbiran dan melaksanakan aktiviti.
  • menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa
  • menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan murid
  • berperanan aktif memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ahli.

Aspek penilaian dalam sesuatu aktiviti kokurikulum
  • kehadiran
  • pencapaian
  • penglibatan
  • jawatan disandang

Perkara yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti gerak kerja kokurikulum
  • senarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan, contohnya sukan tahunan sekolah
  • taklimat kepada peserta
  • senaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa.

  • Langkah-langkah keselamatan yang pihak penganjur perlu lakukan semasa sesuatu aktiviti gerak kerja kokurikulum dijalankan
  • memastikan tempat dan peralatan aktiviti/pertandingan selamat digunakan oleh peserta dan para pegawainya.
  • memberi taklimat kepada peserta mengenai acara, syarat pertandingan atau aktiviti dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil tindakan oleh setiap peserta.
  • mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti
  • mamastikan semua peserta melapor diri kepada pengurus peserta.

Jenis-jenis kepimpinan
  • demokratik
  • autokratik
  • lepas-bebas(laizssez-faire)

Revision

Konsep gerak kerja kokurikulum
  • Sebahagian daripada kurikulum sekolah dan ia merupakan lanjutan daripada pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar di dalam bilik darjah.
  • Kegiatan ini diwajibkan kepada semua pelajar bagi memastikan setiap pelajar diberi peluang sepenuhnya mengembangkan bekat dan kebolehan bagi melahirkan warganegara yang seimbang dari segi JERIS.

Falsafah kokurikulum
Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas dasar kepercayaan bahawa:
  • Semua  yang murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.
  • semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani.
  • sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.
  • Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.

Tanggungjawab dan peranan penyelaras kokurikulum (persatuan/kelab/badan beruniform)
  • mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan beruniform
  • menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat
  • memastikan setiap persatuan/kelab mempunyai peraturan/perlembagaan masing-masing
  • memastikan mesyuarat agung tahunan dijalankan setiap tahun.
  • memastikan papan kenyataan persatuan/kelab digunakan,dihias dan maklumatnya dikemaskini
  • membuat laporan tahunan dan buku aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
Peranan sebagai guru kokurikulum
  • bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada pelajar.
  • bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli
  • merancang aktiviti yang bermanfaat
  • memantau pelajar dan memastikan aspek keselamatan dipatuhi
  • mencatat kehadiran pelajar.
Pembelian peralatan
1. Objektif pembelian
  • memastikan perolehan bekalan barangan atau perkhidmatan dilaksanakan dengan betul dari segi mutu, kualiti, masa, sumber,harga dan tempat penyimpanan berdasarkan peraturan yang ada untuk mengelakkan daripada tindakan surcaj.

2. Pengurusan pembelian
perancangan - dilihat dari aspek peruntukan, kualiti, barang, faedah, keputusan mesyuarat dan mendapat kelulusan daripada pihak tertentu.

peraturan pembelian - menentukan keperluan yang hendak dibeli
  • permintaan bertulis daripada jawatankuasa atau ahli
  • keputusan mesyuarat jawatankuasa.

- menentukan peruntukan (mencukupi atau sebaliknya)
- menentukan jumlah barang yang diperlukan dalam tempoh sebulan atau dalam masa tertentu.
- mengelakkan pembelian barang yang berlebihan dan mengakibatkan pembaziran dan penggunaan ruang stor

Kaitan JERIS dengan kokurikulum
Jasmani
  • membina kesihatan dan kesejahteraan diri
  • membina daya ketahanan diri atau kemantapan diri
  • membina jati diri
  • disiplin 
Emosi
  •  mengurangkan tekanan
  •  seimbangkan emosi dalaman dan luaran
  • peka dengan keadaan sekililing dengan mengambilkira aspek emosi dan perasaan orang disekeliling
Rohani
  • memupuk sifat tanggungjawab jujur dan ikhlas
  • dapat kawal dari melakukan perkara negatif
  • mengawal tingkah laku dan batas pergaulan

Intelek
  • menambah pengetahuan baru
  • meningkatkan kreativiti dan inovasi
  • mengasah bakat dan teknik berfikirmembolehkan pelajar membuat keputusan dengan cepat
Sosial
  • membentuk pengalaman
  • memupuk kerjasama 
  • meningkatkan kemahiran komunikasi dan interpersonal
  • meningkatkan keyakinan diri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...