Friday, August 12, 2016

TTC journey 2015

Mac 2015
Bermula detik TTC, time ni usia perkahwinan 1 tahun 4 bulan. Pada asalnya start consume vit b dan c shaklee disebabkan badan terlalu letih ditempat kerja. Berulang alik dari Teluk Intan ke Sabak Bernam tiap-tiap hari 92 km sehari. Sangat Penat. Orang tengok muka pun menyampah. Muka seposen jek..hihi..2 minggu nampak perubahan. Nampak lebih bermaya. Alhamdulillah.Lepas nampak perubahan tergerak hati nak cuba set kesuburan pulak..So, study dulu b4 consume dan dapatkan khidmat nasihat dari seller. Rasa yakin end of march aku consume set kesuburan Shaklee.

April 2015
Period delay, dan ada simptom cam mengandung. Tapi xyakin..so xcek la..Sepanjang April ni aku terlalu sibuk n lasak. Xtau pn mengandung leh lak g hari armada naik kapal. end of april baru nk cek.29 april 1st upt 2 line tp kabur. cam xpercaya..Soknya wt lagi test masih lagi kabur sbb cek wktu ptg. 1 mei cek lagi kali ni guna upt clear blue digital. Rasa bdebar..lps test tengok result masih lagi loading..dup dap dup dap..Pregnant 1-2 weeks.Alhamdulillah..terus kejutkan abg..abg cam xcaya tgk byk kali dan ucap syukur..

Mei 2015
2 Mei confirmkan pregnant dengan doktor kt klinik Swasta kt Shah Alam.X igt nm klinik tu.Cek upt positive.Alhamdulillah.klu ikut date lmp 7 mac ikutkan kandungan time tu dah 8 weeks klu xsilap. Doktor scan tp xnmpk kantung. Disebabkan period xregular..so, doktor ckp mmaybe early pregnancy lg..tgu lagi 2 minggu utk cek semula.Balik teluk intan, mulakan rutin harian cam biasa drive sejauh 92 km tiap-tiap hari dengan keadaan jalan yg xelok.Ari-ari dh start sakit.Risau jgk. tiba masa 2 minggu yang dinanti utk cek kantung aku balik rmh husband di meru utk buat checkup. 17 Mei mmg plan nk g klinik utk checkup tp xsangka pg tu aku bleeding.Terus g klinik utk checkup. Masih xnmpk kantung dan doktor suspek kandungan luar rahim..Doktor wt surat utk buat rawatan ke hospital..G hospital Sg buluh, admit 3 hari.Masa kt hospital tu pn doktor xnmpk kantung.cek upt positive.ujian darah first pregnant.ujian darah kedua bacaan menurun doktor conclude failing pregnancy.So dah leh discharge. Soknya 22 mei rs skt perut n drh mkn heavy.kol husband utk blk rmh..risau jadi pape.g toilet utk buang air kecil kua satu ketulan darah. Maknanya aku gugur.Bersihkan dan tanam. Terus g hospital utk confirmkan ngn doktor n cek rahim..complete misscariage.Dapat mc 2 hari je.Masuk keja dan bpantang.



Sunday, June 17, 2012

Perkembangan matematik di Malaysia

Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan teori pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik, pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara.

Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70'an memberi fokus kepasa matematik tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika itu objektif pengajarnnya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, ekmahiran asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketetapan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau orosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran matematik  Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah. pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80'an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai spenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviorisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).

Saturday, June 16, 2012

Bias Pencapaian Matematik Dalam Ujian Aneka Pilihan Berdasarkan Jantina, Bangsa dan Lokasi Sekolah

Jantina
Dari segi bidang matematik Nombor, Bentuk dan Perkaitan tidak menunjukan bias kepada lelaki dan perempuan. Dari perspektif psikologi, pelajar lelaki dan perempuan lazimnya berbeza dalam banyak perkara. Perbezaan ini termasuk sikap, minat, kemahiran dan personaliti. Namun demikian dalam keadaan tertentu, lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaannya terutamanya dalam pencapaian matematik. Pelajar lelaki menunjukkan  pencapaian yang tinggi dalam item penaakulan dan geometri berbanding pelajar perempuan. Pelajar perempuan pula mempunyai kelebihan dalam item algebra aneka pilihan. Bagi bidang matematik iaitu Nombor dan Bentuk, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian yang tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Bagi bidang perkaitan, pelajar perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding lelaki. Secara keseluruhannya, item geometri memihak kepada lelaki dan bias kepada perempuan. Bidang Bentuk matematik bias kepada perempuan berbanding dengan lelaki.

Bangsa
Pelajar Cina mempunyai rekod yang tinggi dalam pencapaian matematik. Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap pelajar Melayu dan bukan Melayu menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik. Pencapaian pelajar bukan Melayu iaitu Cina dan India adalah lebih baik berbanding pelajar Melayu. Bias pencapaian matematik masih wujud pada hari ini dari segi bangsa dan penting supaya item yang digunakan dalam matematik dapat mengadili semua bangsa tanpa prejudis. Bias dapat dibuktikan apabila pelajar Melayu dan India kurang mahir dalam penyelesaian masalah matematik pada peringkat yang lebih tinggi berbanding pelajar Cina yang menguasai kemahiran matematik secara menyeluruh. pelajar Cina menunjukkan dorongan dalam menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik berbanding dengan pelajar Melayu dan India. Pelajar Cina mempunyai strategi pembelajaran positif yang sangat tinggi dalam matematik berbanding pelajar Melayu dan India

Lokasi Sekolah
Prestasi gred A berkecenderungan dalam kalangan pelajar bandar dan bias kepada pelajar luar bandar. Kesan lokasi sekolah adalah signifikan iaitu terdapat perbezaan pencapaian akademik. Bidang perkaitan menunjukkan bias kepada pelajar luar bandar manakala bidang Nombor dan Bentuk tidak bias kepada pelajar mengikut lokasi sekolah. Item aras tinggi dalam ujian aneka pilihan lebih berkecenderungan untuk membezakan pelajar yang berkebolehan dalam matematik mengikut lokasi sekolah. Bias bidang perkaitan ini menunjukkan pelajar luar bandar kurang menguasai matematik dan menyebabkan pelajar luar bandar tidak dapat menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan awam. Pelajar luar bandar kurang menguasai kemahiran matematik berbanding pelajar bandar yang mahir dalam penyelesaian masalah matematik. Strategi pembelajaran matematik juga didapati lemah di kalangan pelajar luar bandar berbanding pelajar bandar. Ini menyebabkan pelajar bandar menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam matematik

Kesimpulannya, mengenal pasti bias mengikut bidang matematik adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang mendalam tentang penguasaan pelajar mengikut bidang kemahiran matematik. Dengan cara ini, seseorang guru dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan lebih bereksan. Ujian matematik yang bias memberi peluang kepada pelajar untuk memiliki kelebihan. Manakala kekurangan kepada pihak yang lain dalam menguasai bidang matematik.

Pengertian dan peranan matematik

Matematik sebagai kajian pola
  • Pola atau corak adalah suatu perkara yang berulang. Pola ini juga akan mewujudkan suatu hubungan. Hubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting bagi memudahkan kita menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku.
  • Contohnya : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasil darab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3.
  • Kajian pola ialah peluang untuk memerhati, hypothesis, eksperimen, mencari dan mencipta.
  • Kita dapat menggunakan dan memperluaskan kemahiran dan pengetahuan nombor, pengukuran, geometri, pengumpulan data dan statistik, kebarangkalian dan algebra.
  • Kajian pola juga berkaitan dengan 'tessellation'.
  • Terdapat 3 jenis pola dalam matematik iaitu pola nombor, pola abjad dan pola geometri.

Matematik sebagai cara berfikir
  • Berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Ramai orang yang menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya.
  • Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam matematik.
  • Terdapat dua kaedah menaakul iaitu deduktif dan induktif.

Matematik sebagai bahasa komunikasi
  • Matematik sebagai satu bentuk bahasa kerana matematik melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. 
  • Hal ini demikian kerana dalam perkembangan tahap pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola dan masa. Kesemua konsep dan simbol ini melibatkan bahasa matematik yang mudah.
  • Contohnya: Hasil tambah ( 4+3=7). Matematik merupakan satu bentuk bahasa telah membantu kita untuk mengetahui bahawa nilai 7 akan diperoleh melalui hasil tambah 4 dan 3 (4+3)

Matematik sebagai kajian hubungan
  • Matematik dikatakan sebagai kajian tentang perkaitan kerana matematik banyak menggunakan rumus atau persamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep. 
  • Selain itu, sesuatu nilai yang berubah (meningkat, menurun).
  • Contoh: Sekiranya nilai panjang meningkat, maka luas permukaan sesuatu segi empat juga turut meningkat.


Friday, June 15, 2012

Selamat tinggal bumi sintok

Almost 4 years mengutip ilmu di bumi sintok, moga sem ni merupakan pengajian terakhir buatku. Terlalu banyak kenangan suka duka disini. Cerita aku xseindah seperti org lain yg menyimpan seribu kenangan manis bersama kawan2 sepengajian. Aku 'sorang'. Itu lebih membuatkan aku bahagia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...