Saturday, June 16, 2012

Pengertian dan peranan matematik

Matematik sebagai kajian pola
  • Pola atau corak adalah suatu perkara yang berulang. Pola ini juga akan mewujudkan suatu hubungan. Hubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting bagi memudahkan kita menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku.
  • Contohnya : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasil darab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3.
  • Kajian pola ialah peluang untuk memerhati, hypothesis, eksperimen, mencari dan mencipta.
  • Kita dapat menggunakan dan memperluaskan kemahiran dan pengetahuan nombor, pengukuran, geometri, pengumpulan data dan statistik, kebarangkalian dan algebra.
  • Kajian pola juga berkaitan dengan 'tessellation'.
  • Terdapat 3 jenis pola dalam matematik iaitu pola nombor, pola abjad dan pola geometri.

Matematik sebagai cara berfikir
  • Berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Ramai orang yang menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya.
  • Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam matematik.
  • Terdapat dua kaedah menaakul iaitu deduktif dan induktif.

Matematik sebagai bahasa komunikasi
  • Matematik sebagai satu bentuk bahasa kerana matematik melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. 
  • Hal ini demikian kerana dalam perkembangan tahap pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola dan masa. Kesemua konsep dan simbol ini melibatkan bahasa matematik yang mudah.
  • Contohnya: Hasil tambah ( 4+3=7). Matematik merupakan satu bentuk bahasa telah membantu kita untuk mengetahui bahawa nilai 7 akan diperoleh melalui hasil tambah 4 dan 3 (4+3)

Matematik sebagai kajian hubungan
  • Matematik dikatakan sebagai kajian tentang perkaitan kerana matematik banyak menggunakan rumus atau persamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep. 
  • Selain itu, sesuatu nilai yang berubah (meningkat, menurun).
  • Contoh: Sekiranya nilai panjang meningkat, maka luas permukaan sesuatu segi empat juga turut meningkat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...