Saturday, June 16, 2012

Bias Pencapaian Matematik Dalam Ujian Aneka Pilihan Berdasarkan Jantina, Bangsa dan Lokasi Sekolah

Jantina
Dari segi bidang matematik Nombor, Bentuk dan Perkaitan tidak menunjukan bias kepada lelaki dan perempuan. Dari perspektif psikologi, pelajar lelaki dan perempuan lazimnya berbeza dalam banyak perkara. Perbezaan ini termasuk sikap, minat, kemahiran dan personaliti. Namun demikian dalam keadaan tertentu, lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaannya terutamanya dalam pencapaian matematik. Pelajar lelaki menunjukkan  pencapaian yang tinggi dalam item penaakulan dan geometri berbanding pelajar perempuan. Pelajar perempuan pula mempunyai kelebihan dalam item algebra aneka pilihan. Bagi bidang matematik iaitu Nombor dan Bentuk, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian yang tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Bagi bidang perkaitan, pelajar perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding lelaki. Secara keseluruhannya, item geometri memihak kepada lelaki dan bias kepada perempuan. Bidang Bentuk matematik bias kepada perempuan berbanding dengan lelaki.

Bangsa
Pelajar Cina mempunyai rekod yang tinggi dalam pencapaian matematik. Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap pelajar Melayu dan bukan Melayu menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik. Pencapaian pelajar bukan Melayu iaitu Cina dan India adalah lebih baik berbanding pelajar Melayu. Bias pencapaian matematik masih wujud pada hari ini dari segi bangsa dan penting supaya item yang digunakan dalam matematik dapat mengadili semua bangsa tanpa prejudis. Bias dapat dibuktikan apabila pelajar Melayu dan India kurang mahir dalam penyelesaian masalah matematik pada peringkat yang lebih tinggi berbanding pelajar Cina yang menguasai kemahiran matematik secara menyeluruh. pelajar Cina menunjukkan dorongan dalam menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik berbanding dengan pelajar Melayu dan India. Pelajar Cina mempunyai strategi pembelajaran positif yang sangat tinggi dalam matematik berbanding pelajar Melayu dan India

Lokasi Sekolah
Prestasi gred A berkecenderungan dalam kalangan pelajar bandar dan bias kepada pelajar luar bandar. Kesan lokasi sekolah adalah signifikan iaitu terdapat perbezaan pencapaian akademik. Bidang perkaitan menunjukkan bias kepada pelajar luar bandar manakala bidang Nombor dan Bentuk tidak bias kepada pelajar mengikut lokasi sekolah. Item aras tinggi dalam ujian aneka pilihan lebih berkecenderungan untuk membezakan pelajar yang berkebolehan dalam matematik mengikut lokasi sekolah. Bias bidang perkaitan ini menunjukkan pelajar luar bandar kurang menguasai matematik dan menyebabkan pelajar luar bandar tidak dapat menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan awam. Pelajar luar bandar kurang menguasai kemahiran matematik berbanding pelajar bandar yang mahir dalam penyelesaian masalah matematik. Strategi pembelajaran matematik juga didapati lemah di kalangan pelajar luar bandar berbanding pelajar bandar. Ini menyebabkan pelajar bandar menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam matematik

Kesimpulannya, mengenal pasti bias mengikut bidang matematik adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang mendalam tentang penguasaan pelajar mengikut bidang kemahiran matematik. Dengan cara ini, seseorang guru dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan lebih bereksan. Ujian matematik yang bias memberi peluang kepada pelajar untuk memiliki kelebihan. Manakala kekurangan kepada pihak yang lain dalam menguasai bidang matematik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...