Saturday, June 16, 2012

Bias Pencapaian Matematik Dalam Ujian Aneka Pilihan Berdasarkan Jantina, Bangsa dan Lokasi Sekolah

Jantina
Dari segi bidang matematik Nombor, Bentuk dan Perkaitan tidak menunjukan bias kepada lelaki dan perempuan. Dari perspektif psikologi, pelajar lelaki dan perempuan lazimnya berbeza dalam banyak perkara. Perbezaan ini termasuk sikap, minat, kemahiran dan personaliti. Namun demikian dalam keadaan tertentu, lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaannya terutamanya dalam pencapaian matematik. Pelajar lelaki menunjukkan  pencapaian yang tinggi dalam item penaakulan dan geometri berbanding pelajar perempuan. Pelajar perempuan pula mempunyai kelebihan dalam item algebra aneka pilihan. Bagi bidang matematik iaitu Nombor dan Bentuk, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian yang tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Bagi bidang perkaitan, pelajar perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding lelaki. Secara keseluruhannya, item geometri memihak kepada lelaki dan bias kepada perempuan. Bidang Bentuk matematik bias kepada perempuan berbanding dengan lelaki.

Bangsa
Pelajar Cina mempunyai rekod yang tinggi dalam pencapaian matematik. Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap pelajar Melayu dan bukan Melayu menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik. Pencapaian pelajar bukan Melayu iaitu Cina dan India adalah lebih baik berbanding pelajar Melayu. Bias pencapaian matematik masih wujud pada hari ini dari segi bangsa dan penting supaya item yang digunakan dalam matematik dapat mengadili semua bangsa tanpa prejudis. Bias dapat dibuktikan apabila pelajar Melayu dan India kurang mahir dalam penyelesaian masalah matematik pada peringkat yang lebih tinggi berbanding pelajar Cina yang menguasai kemahiran matematik secara menyeluruh. pelajar Cina menunjukkan dorongan dalam menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik berbanding dengan pelajar Melayu dan India. Pelajar Cina mempunyai strategi pembelajaran positif yang sangat tinggi dalam matematik berbanding pelajar Melayu dan India

Lokasi Sekolah
Prestasi gred A berkecenderungan dalam kalangan pelajar bandar dan bias kepada pelajar luar bandar. Kesan lokasi sekolah adalah signifikan iaitu terdapat perbezaan pencapaian akademik. Bidang perkaitan menunjukkan bias kepada pelajar luar bandar manakala bidang Nombor dan Bentuk tidak bias kepada pelajar mengikut lokasi sekolah. Item aras tinggi dalam ujian aneka pilihan lebih berkecenderungan untuk membezakan pelajar yang berkebolehan dalam matematik mengikut lokasi sekolah. Bias bidang perkaitan ini menunjukkan pelajar luar bandar kurang menguasai matematik dan menyebabkan pelajar luar bandar tidak dapat menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan awam. Pelajar luar bandar kurang menguasai kemahiran matematik berbanding pelajar bandar yang mahir dalam penyelesaian masalah matematik. Strategi pembelajaran matematik juga didapati lemah di kalangan pelajar luar bandar berbanding pelajar bandar. Ini menyebabkan pelajar bandar menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam matematik

Kesimpulannya, mengenal pasti bias mengikut bidang matematik adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang mendalam tentang penguasaan pelajar mengikut bidang kemahiran matematik. Dengan cara ini, seseorang guru dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan lebih bereksan. Ujian matematik yang bias memberi peluang kepada pelajar untuk memiliki kelebihan. Manakala kekurangan kepada pihak yang lain dalam menguasai bidang matematik.

Pengertian dan peranan matematik

Matematik sebagai kajian pola
  • Pola atau corak adalah suatu perkara yang berulang. Pola ini juga akan mewujudkan suatu hubungan. Hubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting bagi memudahkan kita menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku.
  • Contohnya : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasil darab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3.
  • Kajian pola ialah peluang untuk memerhati, hypothesis, eksperimen, mencari dan mencipta.
  • Kita dapat menggunakan dan memperluaskan kemahiran dan pengetahuan nombor, pengukuran, geometri, pengumpulan data dan statistik, kebarangkalian dan algebra.
  • Kajian pola juga berkaitan dengan 'tessellation'.
  • Terdapat 3 jenis pola dalam matematik iaitu pola nombor, pola abjad dan pola geometri.

Matematik sebagai cara berfikir
  • Berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Ramai orang yang menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya.
  • Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam matematik.
  • Terdapat dua kaedah menaakul iaitu deduktif dan induktif.

Matematik sebagai bahasa komunikasi
  • Matematik sebagai satu bentuk bahasa kerana matematik melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. 
  • Hal ini demikian kerana dalam perkembangan tahap pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola dan masa. Kesemua konsep dan simbol ini melibatkan bahasa matematik yang mudah.
  • Contohnya: Hasil tambah ( 4+3=7). Matematik merupakan satu bentuk bahasa telah membantu kita untuk mengetahui bahawa nilai 7 akan diperoleh melalui hasil tambah 4 dan 3 (4+3)

Matematik sebagai kajian hubungan
  • Matematik dikatakan sebagai kajian tentang perkaitan kerana matematik banyak menggunakan rumus atau persamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep. 
  • Selain itu, sesuatu nilai yang berubah (meningkat, menurun).
  • Contoh: Sekiranya nilai panjang meningkat, maka luas permukaan sesuatu segi empat juga turut meningkat.


Friday, June 15, 2012

Selamat tinggal bumi sintok

Almost 4 years mengutip ilmu di bumi sintok, moga sem ni merupakan pengajian terakhir buatku. Terlalu banyak kenangan suka duka disini. Cerita aku xseindah seperti org lain yg menyimpan seribu kenangan manis bersama kawan2 sepengajian. Aku 'sorang'. Itu lebih membuatkan aku bahagia.

Friday, June 1, 2012

Kaedah Mengajar

Rancangan Pengajaran (RP)
  • Harian
  • Mingguan
  • Tahunan
Sukatan Pelajaran
  • Satu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran
  • Disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
  • Mengandungi
  1. Unit pembelajaran
  2. Kemahiran yang disusun mengikut tahap
  3. Objektif-objektif pembelajaran
  • Untuk menyediakan RP guru harus membaca dan mentafsir perkara-perkara berikut
  1. Hasil pembelajaran
  2. Unit pembelajaran - topik yang diajar
  3. Kemahiran
  4. Strategi - Konstektual, 'Mastery Learning'
  5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) - apa yang berlaku dalam tempoh pengajaran
  6. Bahan/sumber - BBM-keratan akhbar

Friday, March 30, 2012

Thursday, January 26, 2012

Kalendar Sem 2 Sesi 2011/2012

SEMESTER KEDUA
AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 18 Februari 2012 - Khamis, 5 April 2012
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester
Jumaat, 6 April 2012 –Jumaat, 13 April 2012
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 14 April 2012 -Khamis, 31 Mei 2012
7 minggu
Minggu Ulangkaji
Jumaat, 1 Jun 2012 –Jumaat,8 Jun 2012
1 minggu
Peperiksaan Sabtu, 9 Jun 2012 -Khamis, 28 Jun 2012       3 minngu
Cuti Panjang
Jumaat, 29 Jun 2012 –Jumaat, 31 Ogos 2012
10 minggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...