Saturday, July 30, 2011

Kurikulum Matematik Sekolah Menengah

Matlamat
  • Membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.
Objektif
  • Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan.
  • Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan.
  • Berkomunikasi secara matematik.
  • Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
  • Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan selesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik.
  • Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
Organisasi Kurikulum
  • 3 bidang iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan.
  • Seseorang individu memerlukan :
  1. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan nombor seperti membilang dan mengira.
  2. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bentuk dan ruang seperti mengenali sifat-sifat bentuk dan ukuran.
  3. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pola, petua, prinsip am, hukum, hubungan dan sebagainya untuk mengenali dan memahami perkaitan yang terdapat dalam nombor dan bentuk.
Kandungan
Nombor
  • Mengembangkan kebolehan murid dalam membuat pengiraan, anggaran dan penghampiran, analisis dan seterusnya selesaikan masalah yang berkaitan.
Bentuk dan Ruang
  • Selesaikan masalah berkaitan geometri dengan berkesan.
  • Mengembangkan pemikiran secara visual dan menghayati nilai estetik yang terdapat pada bentuk dan ruang.
Perkaitan
  • Digambarkan atau dinyatakan dalam bentuk jadual, graf, rumus, persamaan dan ketaksamaan.
  • pernyataan perkaitan - alat untuk selesaikan masalah dan berkomunikasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...