Monday, May 30, 2011

Bermula perjuanganku sebagai guru pelatih..



Hari ni tibalah masa untuk aku mengikuti praktikum Rancangan Latihan Mengajar (RLM) setelah 6 semester aku mengikuti kuliah dalam bidang Pendidikan Perakaunan di UUM. Hari pertama melapor diri sebagai guru pelatih di SMK Sri Kurau tiada cerita yang menarik untuk aku kongsikan tapi cukuplah ianya menjadi kenangan bagi aku dan sebagai persediaan khas buat junior edu account yang bakal menghadapi RLM tahun depan.

Tidak seperti kali pertama aku melangkah kaki ke sekolah untuk menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebagai prasyarat sebelum menjalani RLM pada semester 4 setahun yang lalu, kali ini tiada lagi perasaan 'excited' untuk menjadi seorang guru pelatih. Entah kemana hilangnya semangat aku yang dulu, semangat untuk mendidik anak bangsa. Berbekalkan semangat dari kedua ibu bapa dan insan yang aku sayangi ku kuatkan juga semangat untuk meneruskan perjuangan mengejar cita-cita sebagai seorang pendidik. Mak, Abah, dan Abang thanks a lot for ur support. Miza xkan kecewakan kalian.

Kedatanganku pada hari ini disambut dengan mesra oleh Cikgu Shafian GK Kemanusiaan sebagai guru bertugas pada minggu ini di sekolah. Tidak perlu lagi aku memperkenalkan diri kepada cikgu kerana ini merupakan kali kedua aku berada di sekolah ini. Setelah berbual panjang dan berbincang mengenai perkara yang berkaitan dengan praktikum akhirnya kata putus dari Cikgu Shafian bahawa aku tidak perlu lagi untuk mengikuti praktikum pada cuti sekolah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sekurang-kurangnya masih ada lagi tempoh sebagai persediaan untuk aku menyiapkan diri untuk mengajar. So, cuti yang ada ni aku kena manfaatkan sebaik mungkin untuk study subjek yang perlu di ajar iaitu Prinsip Perakaunan dan Matematik. Moga Allah permudahkan segala urusanku semasa tempoh RLM ni. Next Story tunggu 13 Jun ni pulak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...