Tuesday, May 31, 2011

Kisah Putera Aiman HaziQ

30 Mei 2011, tarikh kelahiran cahaya mata maksu yang ke 5. Tahniah buat maksu sekeluarga atas kelahiran putera barunya yang diberi nama Muhammad Aiman Haziq bin Zulkifli. Ada kisah disebalik pemberian nama buat putera ke 4 maksu. Sebelum ni maksu dan paksu yang beri nama kat anak-anak dia tapi kali ni maksu minta cadangan dari saudara-mara yang terapat di mana huruf A menjadi pilihan selepas nama Muhammad.

Aku adalah salah seorang orang yang terlibat dalam pemberian nama bayi ni. Aku suka sangat nama Adam. So, cadangan pertama aku adalah Adam Aiman. Tapi mak aku xnk nama Adam. Mak berkenan nama Aiman je. Kami berdua pun berbincang untuk dapatkan gabungan nama yang sesuai dan mempunyai makna yang baik. Aiman Haziq menjadi pilihan. Aiman bermaksud berkat, yang bertuah, kanan. Manakala, Haziq membawa maksud cerdik, pandai. Then, lepas tu tanya saudara-mara yang lain dorg cakap ok. Setelah semua setuju dengan nama yang dipilih mak pun terus kol maksu. Alhamdulillah, maksu setuju dengan pilihan nama tersebut.

Akhir kata, titipan doa khas buat putera Muhammad Aiman Haziq, moga Aiman menjadi anak yang soleh, baik dan pintar.Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...