Wednesday, June 1, 2011

Teori Pembelajaran Matematik Zoltan P. Dienes

Pengenalan

Zoltan P. Dienes
  • Ahli matematik, psikologi dan pendidik.
  • Berpendapat bahawa setiap konsep matematik boleh menjadi mudah untuk difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit.

Jenis-jenis Konsep Matematik

Konsep Matematik Tulen

Sebarang nombor boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungan.

Contoh: Dua, 8, VI, 110 adalah contoh-contoh konsep bagi nombor genap.


Konsep Tatatanda

Sifat-sifat bagi nombor.

Contoh : 134 beerti 100+30+4.


Konsep penggunaan

Aplikasi penggunaan konsep tulen dan tatatanda

Contoh : kesalahan operasi 3(2+5) = 6+5 = 11 yang dilakukan pelajar ialah akibat dari salah faham konsep kurungan.



Peringkat-peringkat Dalam Pembelajaran Matematik

Peringkat 1 : Permainan Bebas (Free Play)

Pelajar diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan ABM atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan.

Dalam peringkat ini, para pelajar membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu.


Peringkat 2 : Permainan Berstruktur (Games)

Permainan yang mengikut peraturan atau hukum.

Dalam peringkat ini pelajar-pelajar menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui.


Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri (Searching for Communalies or Common Characteristic)

Guru membimbing pelajar-pelajar dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik.

Dalam peringkat ini, pelajar-pelajar harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit.


Peringkat 4 : Perwakilan Gambar (Representation)

Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, pelajar-pelajar perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.


Peringkat 5 : Perwakilan Simbol (Symbolisation)

Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar.

Para pelajar patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik untuk mewakili konsepnya.


Peringkat 6 : Formalisasi (Formalisation)

Pelajar-pelajar akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk selesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu sistem formal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...